Saturday 23 April 2011

Aku salahkan sistem TV kat Malaysia.

                                       Happy family with grand mother,father,son,daughter children cartoon Royalty Free Stock Vector Art Illustration
                                      I love to be in  family, by that i need to embrace everyone's good side

Kerana hidup tidak selalunya indah. Dan tiada manusia sempurna. Setiap orang ada good side & bad side. Jadi, aku salahkan system TV kat Malaysia kerana create manusia sebegitu rupa. Membuatkan ramai yang alpa. Mahukan pasangan seperti itu. Atau mahu diri sendiri secool itu.

Tiada lelaki semacam Benjy/Akmal(Awan Dania). Kaya, kacak, cool, funny, smart, setia dan segala-galanya. Kalau lelaki tu overtly setia. Dia mestilah terlalu bodoh. Overtly setia sampai lupa tanggungjawab kat parents? Tak macam contoh yang baik untuk jadi bapa pada anak-anak kan?

Tiada juga parents serba sempurna dan family serba bahagia macam kat drama RTM. Korang cuma mengelabui mata kanak-kanak. Dan buat kanak-kanak rasa parents mereka tak best. Ada ke? Family kau macam tu ke?

Everyone made a wrong turn in their life. Desperate Housewives/Glee/House/Senja Permai are good examples. Semua ada kekurangan masing-masing. Ini barulah betul. Dan nampak realistic.

Kita ada chance untul mengubah perkara ini. Kalau kau ada anak/adik, beritahu mereka to embrace people good’s & bad’s side. Ini memudahkan parenting. Mereka boleh memahami ibu bapa mereka sewajarnya..

Friday 22 April 2011

"Hello, mak?"

                                                                   
Nokia 3310                                                   Nokia 2100 (u can uncover the backside & put in own pic)

Masa aku mula-mula masuk college dulu, aku takde hp pun. Komunikasi sangat sukar dan terbatas untuk aku menghubungi emak aku kat kampong. Sebaik saja dapat scholarship, aku terus beli Nokia 2100. Aku beli dalam RM400.00. The sample above is exactly the same colour as i used back then. Apa yang membezakan hp ni dengan hp yang lain ialah at the back side of the phone, kita boleh letak pic. Walau bagaimanapun, hp ni agak fragile.

Starter pack pulak, masa dulu-dulu RM90.00. mahal siot. Sekarang jalan-jalan pun boleh dapat simkad percuma. Umobile bagila, celcom bagilah..

Berbalik pada isu hp. Bagi aku takde hp boleh beat ketahanan 3310.

3310, mula-mula keluar dulu, masa aku sekolah lagi. Abang aku yang study kat Uni dulu, beli hp ni. Dan berhabis RM800.00 untuk beli hp ni pada waktu tu. Masa tu canggih gile kot hp ni. Bangga la kalau dapat main game snake.

Yang bagus fasal 3310 ni dia sangat tahan lasak. Jatuh tak pecah, dibaling tak hancur. Bateri pun  boleh survive. Ringtone pun kuat. Ringtone pun boleh compose. Aku ingat lagi dok compose lagu Nelly I love you.
Sekarang, hp dah canggih. Nokia berkamera kurang RM300.00 dah boleh dapat. Siapa la yang pakai 3310 lagi. Evolusi zaman kan..

Tapi, kadang-kadang aku masih merindui 3310. Ketahanan yang dia ade, membuatkan aku tension dengan hp yang aku pakai sekarang. Jatuh sikit je, problem.

Takpelah, aku enjoy the fact yang aku boleh bawak kamera, mp3, calendar dan hp dalam satu gadget. Hidup kena bersyukur. Aku takut Allah tarik kesenangan aku kalau aku complaint banyak sangat.

Alhamdulillah.. 

SAVED BY THE PEN




Aku tak suka pakai seatbelt. bagi aku seatbelt melemaskan & merimaskan. Dan kelmarin, aku ditahan polis. Lima minit daripada apartment aku.

Muka aku pucat fasal polis tu tunggu di tempat yang betul-betul strategic, sebaik saja aku keluar simpang.  Aku tak sempat nak tarik seatbelt. Aku tarik seatbelt, tapi seatbelt tu stuck.

Dia mengeluarkan buku saman. Ambik licence dan ic aku. Pergh. Dari gaya dia, aku tahu, polis ni tak makan rasuah. 

Aku: Encik, saya minta maaf. Tolonglah jangan saman saya.
Polis: kalau semua orang yang buat salah minta maaf. Senang la kan? polis takde kerja la kan? Tak guna la wujud road block & operasi kat Malaysia.
Aku: tapi encik, saya betul-betul mintak maaf. Saya janji saya takkan buat lagi. Kawan saya sakit ni. Dia mintak saya belikan  dia makanan
Polis: saya peduli apa awak nak pergi mana
Aku: encik tolonglah..  saya takde duit ni.
Polis: kalau semua saya nak tolong, tak payahlah saya tahan kereta banyak-banyak ni. (sambil mengeluarkan buku saman dan mengeluarkan pen)
Polis: saya bagi awak kompaun la. Daripada saya saman awak RM300.00, saya saman awak RM70.00 je. Dah jimat dah duit awak tu.
Aku: Tapi encik…saya takde duit langsung ni. Betul-betul takde duit

Masa ni aku betul-betul nak menangis dowh. Muka aku dah merah. Terbayang muka kawan aku yang demam tu.

Polis; takpelah, kali ni saya lepaskan awak. Lain kali jangan buat lagi.
Aku: yea. Terima kasih encik. Saya doakan semoga encik murah rezeki.
Polis: aik? Terus ketawa ?(sambil tersenyum) alah, saya tak percayalah. Kejap lagi mesti awak bukak seat belt dah.

Aku ketawa terus. Aku berterima kasih fasal dia tak tahan aku. Dalam pada itu, aku jugak bersyukur fasal kat Malaysia ni masih ada polis yang beretika dan bertimbangrasa. Bukan semua polis makan rasuah. Dalam senyuman dia, aku dapat rasa dia seronok melihat kegembiraan aku. Ingat bila aku kata, kegembiraan sebenar ialah apabila kita memberi? Well, this police guy proved it. dia berikan aku peluang dan dia gembira melihat aku gembira. Camon, lelaki mana yang tak suka buat wanita gembire..

Dan kepada anda yang bertugas sebagai polis, ataupun punyai teman/ahli keluarga yang juga seorang polis, terima kaseh. Jasa anda yang ikhlas menaik tarafkan tahap keselamatan & kesedaran di Malaysia agak menyentuh hati

Aku balajar dari sini, hari ini sentiasa memakai seatbelt. Bukan fasal aku takot accident, tapi fasal aku takut disaman.

Typical Malaysian. Yes I am

She was dumped and she made it facebook-ed

                                                
            This one                                              OR                                            this one?
                        
I am not a fb addict(anymore). Some fb addicts annoy me to the max. Aku paling bosan kalau orang guna fb untuk meratapi kesedihan. Biasanya mereka yang single with hopes/baru sahaja jadi single kembali.

Aku ada seorang fb fren(aku namakan INA). Dalam kehidupan sebenar, dia agak cool & chilax di ofis. Aku boleh berborak dengan gadis ini seperti biasa. Tapi, habis office hour, tiap-tiap hari dia akan update kesedihan dia ditinggalkan bf. Okaylah, fine. Apa saja kau nak buat. Asal kau tak ganggu hidup aku. Jauh dalam hati, aku agak annoyed jugak la. Macam cuma kau je ada masalah. Adoi, takat putus cinta.. move on la sial. 

Jadi, seorang frenlist dia(dan juga frenemie aku, namakan dia ITA), tanya dia dalam kehidupan sebenar;

Ita: aku baca fb kau, kau putus cinta ke? Kenapa weh?
Ina: ye. Family exbf aku tak suka aku. Mereka nak kahwinkan exbf aku dgn gadis senegeri mereka, gadis Kelantan.

Setelah perbualan itu tamat, Ina pergilah ke teman-teman yang lain melahirkan rasa annoyednya diinterview Ita yang terkenal super busybody, dan suka menyebarkan berita. Hoh.

Bagi aku, tindakan Ita bertanyakan soalan itu pada Ina bukanlah satu offence. Aku jadi memikirkan kesilapan Ina. Kalau kau tak nak orang tanya/tahu fasal kau dalam real life, buzz of la weh. Jangan update fb kau. Pelik. Bukan semua akan bagi kau feedback di fb. Jangan overdo fb kau

p/s: lepas berbulan Ina putus cinta, aku pergi pada Ina dan sampaikan kesedihan & doa pada dia. Aku berikan dia harapan, ada lelaki lain tercipta untuknya. Dia tunduk, memeluk aku dan pergi sambil menangis… aku tak feedback fb updates dia fasal aku bosan dengannya, tapi aku berikan dia harapan dalam dunia sebenarnya~

Thursday 21 April 2011

Nasi lemak punca kanak-kanak obesity di Malaysia?


i tot fast food is the ultimate reason

Ini bukan parody. Ini apa yang aku dengar di berita TV3.

Ye aku masih mendengar berita TV3. Walau kau tak percaya berita dalam mana-mana stesen TV sekalipun, aku tetap akan tengok berita jugak. Aku suka news. Wattodo..

Jawapan kepada tajuk artikel aku di atas ialah aku rasa tidak.

Masa aku kanak-kanak, aku tidak pergi ke kantin sekolah pun. Adik beradik aku ramai ooo.  Kami tinggal 11 orang serumah. Cuma ayah aku je yang kerja. Weekend pulak, mak ayah aku dua-dua pergi menoreh getah.

Duit belanja paling banyak aku pernah dapat ialah 20sen seminggu. Betul. Itu pun aku dah gembira, bahagia dan terasa seronok.

Jadi, aku tak pernah berbelanja di sekolah. Hari-hari aku bawak bekal nasi goreng. Akibatnya, sampai sekarang aku dah tak mahu makan nasi goreng mak aku lagi. Aku macam dah tak boleh dah. Dah tepu kot.

Walaupun aku tak makan nasi lemak di kantin sekolah hari-hari, aku masih lagi overweight ketika sekolah rendah.

Adakah nasi lemak penyebabnya? Tentu tidak..

Kanak-kanak akan menggemuk lebih cepat pada waktu cuti sekolah. Kerana mereka tiada aktiviti dan juga terdapat lambakan makanan segera oleh parents. Nak makan, mereka goreng sendiri fries/nugget/fish finger. Tak pun, masak magi/instant mushroom soup. Atas meja makan pulak, sentiasa ada butterscotch dengan peanut butter & jam.

Lepas/masa makan, update fb. Takpun, tengok shaun the sheep. Kadang-kadang makan sambil baring fasal baca Naruto..

Jangan salahkan makcik kantin la woi. Kau pernah tengok ninja boy tak? Makcik kantin tu sentiasa menyediakan makanan yang berkhasiat, tapi gemok je Shinbe tu aku tengok. Kenapa? Fasal ayah dia kayos. Kayos gile dan selalu beri dia makanan enak-enak di rumah..

Wednesday 20 April 2011

Dia kena penjara fasal nak anak dia jadi pandai

One day, I was reading a newspaper. It was Utusan Melayu. Back then, my father bought the paper on  daily basis. He was a teacher. At one column, I got my eyed glued at it. It was an article about one person who was found not guilty for bribery. It was a huge amount, somewhere around RM10,000.00.

The article made me wonder for days. I was thinking that there was a possibility that the person was the actual convict. But, because he was able to hire a good laywer, his case was dismissed. How unfair this could be. Malaysia is going to be a worse place with these culprits.

On another day, it was under my duty that day to clean up the headmaster’s room that particular day. When I am done, I picked up a Dewan Siswa in the rack and started to flip the pages. One corner and I stopped. The article was about a father who was convicted after found guilty for stealing pencils.

I was then 9 years old. By that time, I knew I wanted to be a lawyer, I was small, but I thought I can change Malaysia. I thought, if Ahmad Ibrahim can do something to the legal system, why cant i?

Ini tidak kelakar. Dan kau janganlah gelak. Aku rasa aku memang ambitious dari zaman aku kanak-kanak lagi. Anda ingat tak ,masa sekolah rendah tiap-tiap hujung tahun cikgu akan ambik rekod. Berat, tinggi & cita-cita. Cita-cita kena bagi tiga. Masa aku darjah 4, aku stuck bila cikgu aku tanya cita-cita aku. Aku jawab lawyer. Cita-cita kedua, sekadar nak isi, aku jawab guru. Cita-cita ketiga aku stuck. Aku pun jawab dengan naïf, “cikgu saya takde cita-cita lain, saya cuma nak jadi lawyer”. Cikgu aku pun dengan muka kelat buat ‘NIL’ kat column tu.

Nak jadi lawyer punya fasal, aku pun sharpen English aku. Sharp to the max.  Masa UPSR, lima orang je dapat A untuk English. I was one of them.

Masuk sekolah menengah, aku sangat pasti aku nak jadi lawyer, jadi aku pun tak mau la buang masa ambik Science class. Bodohla masuk science class sebab nak bagi diri sendiri nampak sangat cool. Kesannya, aku tidak ada kawan. Kawan-kawan aku masa menengah rendah dah tak nak kawan dengan budak sastera macam aku. Budak-budak sastera pulak tak nak kawan dengan budak yang masa menengah rendah adalah budak 1st class.

Tapi aku tak boleh ambik peduli semua tu. Biarla diorang(walau hati aku sakit jugak). Yang penting aku determine masa depan aku sendiri. Esok-esok bila aku pass/lulus spm, resultnya untuk diri aku. Bukan  untuk kawan-kawan aku.

SPM result, aku dapat “Best Student”. Frenemies yang rajin kutuk-kutuk, pulau-pulau aku dulu semua lulus dengan teruknya masa SPM. Tu la, lain kali jangan ambik science class fasal nak nampak cool. Ambik la berdasarkan kemampuan. Pastu semua dapat 6,7,8 untuk add math, physics, biology & chem.

Filling up UPU form, tentulah pilihan aku laws, laws dan laws.

Tapi yang ni aku cecite lain kali. Message aku hari ni: ukurlah sesuatu di badan sendiri. Kalau kau mampu untuk buat, teruskan. Jangan peduli apa orang lain kata. Yang penting usaha kita. Bila kita berusaha, Insyallah, Allah akan berikan jalan. You are what u planned urself to be.

Tuesday 19 April 2011

Perlu ke tengok True Beauty untuk jadi cantik?

                                                           
Semalam aku tengok True Beauty. Rancangan ini terdapat banyak adegan tidak bermoral dan aku tidak faham kenapa boleh lepas kat TV Malaysia. Gadis-gadis berpakaian (terlalu) seksi & terdapat pula adegan jejaka itu bogel. Adoi.

Nak jadi true beauty, tak perlu tengok rancangan itu. Adalah mustahil menjadi 100% suci at all time. Everyone has a dark side.  It is all about learning to love yourself babeh.

Now, let me tell u a  true story, experienced by me myself.

I was overweight. I was so embarrassed with my own body & I had no self esteem at all. I cant wear any pants/jeans at all because I look bad in it. I dislike wearing baju kurung because I had a big arm. My siblings made fun of my weight. My brothers used to call me Benai. Back then, there were dramas named “Lontong” & “Sambal”. Syanie was starring as Benai. My sisters actually told me how fat I was. When I was a kid, I cant be wearing any shoes of kids size because there was no my size at all.

When it came to the annual weightings during my primary school, I would always be afraid. I know I will be embarrassed. Then, when it came to the dental checking at school, I was always afraid to lie down. Now, everyone is going to see my extra luggage. 

I remember back at my school time, one of my seniors (a girl) actually came to me and make a personal comment about me. That was harsh. I felt bad about it. Back then I was in form 2 and the senior was in form 5.  School bullying in a kampong style. When I was in form 2(again), one of my classmates (a boy) actually commented about my body size to his guy friends. School is always a terrifying place to go. With all these shitty experiences, I always hated myself.

Until now, I am still having a bad judgment against myself.

So, I learnt from all this experiences, to NEVER comment on ones physical appearance. Its causes one self esteem to go as low as it can. Never tell a kid anything that can boost them down. Everyone is created differently.

And still, I hope one day I can have all the strength to be a person who is very confident and have the urge towards myself. Readers out there, lets change things. It is not funny to make fun towards someone; at least not everyone will laugh at it..

Video Seks Anwar Ibrahim

Tiada link/vc disediakan di sini. Tapi,anda masih perlu membaca.

 Aku dah tengok video seks DSAI. Aku tidaklah tengok yang penuh, aku tengok partly only. Bagi aku, pergerakan ‘DSAI’ dalam vc itu tersangatlah awkward & scripted. Cara dia peluk itu tersangatlah tidak lusty. 

Menurut abang aku yang telah menonton vc penuh, vc itu original. Bagi aku, vc itu ialah vc original. Tetapi, siapa ‘DSAI’ itu yang sebenar-sebenarnya yang menjadi persoalan aku.

Isu masih dalam siasatan. Baik, aku faham. Dan aku tidak sepatutnya berbincang mengenai perkara ini. Tetapi, aku tidak boleh menahan diri aku daripada terkeliru.

Kenapa trio Datuk T begitu berani mencabar DSAI andai itu bukan DSAI. Trio ini bukanlah calang-calang orang, mereka tahu consequences of laws.

Kebanyakan waktunya, aku jelak dengan politik Malaysia. Tidak hairanlah ada politician di Singapura yang terang-terangan mengutuk politik Malaysia. Heh..

TIPS UNTUK GEMBIRA



please yourself by pleasing others

Hari ni aku nak bercakap fasal job scope aku dulu sebagai customer service executive.

Aku selalunya berhati mulia dan akan cuba membantu customers aku seboleh mungkin. Bila ada hard core case, aku sendiri akan follow up case tu & make sure everything is on track. Tapi perkara yang meletihkan ialah kebanyakan customers rasa customer service adalah tempat untuk mereka emosi tidak bertempat. Kebanyakan mereka ialah individu yang marah satu kepada satu objek lain & melepaskannya di customer service. Marahkan isteri, customer service dibakar..

Ini adalah contoh situasi sebenar yang terjadi pada aku;

Contoh 1;
Aku: Mr X, is there anything else I can help you with?
Mr X: Can I have a kiss?

Contoh 2 ;
Aku: Encik tunggu sebentar di talian, saya buat report dulu untuk kita hantar bantuan teknikal
Encik: AKU tak nak tunggu!! TAK NAK !! TAK NAK!! U son of a bitch. Fcuk u! FAHAM X?!!?

2 contoh je cukup x? anda semua kena faham, gaji seorang customer service tersangatlah kecil dibandingkan dengan job scope yang lain. Aku jadi customer service exec pun kerana sangat sukar mendapatkan kerja sebagai fresh grad. Aku selalu nak bantu customers, tapi bila customers dah mula menjerit-jerit, hati aku memberontak. Aku jadi malas. Dan walau aku bantu, aku takkan follow up case kau.

Ada banyak kawan-kawan aku yang berkecimpung dalam bidang yang sama & tertekan dengan customers. Bukan mudah untuk tidak tertekan. Hal ni aku lihat dilalui oleh semua phone exec. kadang-kadang customers akan buat permintaan merapu yang kita tak boleh nak tunaikan at the time. Dan ini sangat-sangat meletihkan. Ada ketika, shift aku habis pada pukul 10 mlm. Tapi pada jam 9.55pm, seorang customers akan call & bercakap selama 30minit untuk isu yang remeh.

Hormatilah tugas seorang customer service. Kadang-kala aku kesal dgn sikap Malaysians yang melepaskan semuanya pada customer service. Dengan tangga gaji sekitar RM2000.00, percayalah mendengar cemuhan anda sangat meletihkan. Dahlah susah nak dapat kerja sekarang  ni..
Bantulah orang lain dengan bersikap mulia. Percayalah, bila anda memudahkan hidup orang lain, Yang Maha Berkuasa akan memudahkan hidup anda kembali. And as wise man said, “ Kegembiraan adalah apabila anda memberi”

So, lets make urself happy by making others happy.