Thursday 21 April 2011

Nasi lemak punca kanak-kanak obesity di Malaysia?


i tot fast food is the ultimate reason

Ini bukan parody. Ini apa yang aku dengar di berita TV3.

Ye aku masih mendengar berita TV3. Walau kau tak percaya berita dalam mana-mana stesen TV sekalipun, aku tetap akan tengok berita jugak. Aku suka news. Wattodo..

Jawapan kepada tajuk artikel aku di atas ialah aku rasa tidak.

Masa aku kanak-kanak, aku tidak pergi ke kantin sekolah pun. Adik beradik aku ramai ooo.  Kami tinggal 11 orang serumah. Cuma ayah aku je yang kerja. Weekend pulak, mak ayah aku dua-dua pergi menoreh getah.

Duit belanja paling banyak aku pernah dapat ialah 20sen seminggu. Betul. Itu pun aku dah gembira, bahagia dan terasa seronok.

Jadi, aku tak pernah berbelanja di sekolah. Hari-hari aku bawak bekal nasi goreng. Akibatnya, sampai sekarang aku dah tak mahu makan nasi goreng mak aku lagi. Aku macam dah tak boleh dah. Dah tepu kot.

Walaupun aku tak makan nasi lemak di kantin sekolah hari-hari, aku masih lagi overweight ketika sekolah rendah.

Adakah nasi lemak penyebabnya? Tentu tidak..

Kanak-kanak akan menggemuk lebih cepat pada waktu cuti sekolah. Kerana mereka tiada aktiviti dan juga terdapat lambakan makanan segera oleh parents. Nak makan, mereka goreng sendiri fries/nugget/fish finger. Tak pun, masak magi/instant mushroom soup. Atas meja makan pulak, sentiasa ada butterscotch dengan peanut butter & jam.

Lepas/masa makan, update fb. Takpun, tengok shaun the sheep. Kadang-kadang makan sambil baring fasal baca Naruto..

Jangan salahkan makcik kantin la woi. Kau pernah tengok ninja boy tak? Makcik kantin tu sentiasa menyediakan makanan yang berkhasiat, tapi gemok je Shinbe tu aku tengok. Kenapa? Fasal ayah dia kayos. Kayos gile dan selalu beri dia makanan enak-enak di rumah..

No comments:

Post a Comment