Tuesday 19 April 2011

TIPS UNTUK GEMBIRA



please yourself by pleasing others

Hari ni aku nak bercakap fasal job scope aku dulu sebagai customer service executive.

Aku selalunya berhati mulia dan akan cuba membantu customers aku seboleh mungkin. Bila ada hard core case, aku sendiri akan follow up case tu & make sure everything is on track. Tapi perkara yang meletihkan ialah kebanyakan customers rasa customer service adalah tempat untuk mereka emosi tidak bertempat. Kebanyakan mereka ialah individu yang marah satu kepada satu objek lain & melepaskannya di customer service. Marahkan isteri, customer service dibakar..

Ini adalah contoh situasi sebenar yang terjadi pada aku;

Contoh 1;
Aku: Mr X, is there anything else I can help you with?
Mr X: Can I have a kiss?

Contoh 2 ;
Aku: Encik tunggu sebentar di talian, saya buat report dulu untuk kita hantar bantuan teknikal
Encik: AKU tak nak tunggu!! TAK NAK !! TAK NAK!! U son of a bitch. Fcuk u! FAHAM X?!!?

2 contoh je cukup x? anda semua kena faham, gaji seorang customer service tersangatlah kecil dibandingkan dengan job scope yang lain. Aku jadi customer service exec pun kerana sangat sukar mendapatkan kerja sebagai fresh grad. Aku selalu nak bantu customers, tapi bila customers dah mula menjerit-jerit, hati aku memberontak. Aku jadi malas. Dan walau aku bantu, aku takkan follow up case kau.

Ada banyak kawan-kawan aku yang berkecimpung dalam bidang yang sama & tertekan dengan customers. Bukan mudah untuk tidak tertekan. Hal ni aku lihat dilalui oleh semua phone exec. kadang-kadang customers akan buat permintaan merapu yang kita tak boleh nak tunaikan at the time. Dan ini sangat-sangat meletihkan. Ada ketika, shift aku habis pada pukul 10 mlm. Tapi pada jam 9.55pm, seorang customers akan call & bercakap selama 30minit untuk isu yang remeh.

Hormatilah tugas seorang customer service. Kadang-kala aku kesal dgn sikap Malaysians yang melepaskan semuanya pada customer service. Dengan tangga gaji sekitar RM2000.00, percayalah mendengar cemuhan anda sangat meletihkan. Dahlah susah nak dapat kerja sekarang  ni..
Bantulah orang lain dengan bersikap mulia. Percayalah, bila anda memudahkan hidup orang lain, Yang Maha Berkuasa akan memudahkan hidup anda kembali. And as wise man said, “ Kegembiraan adalah apabila anda memberi”

So, lets make urself happy by making others happy.

No comments:

Post a Comment